EPISOD 1 – Dalam reban ayam (14.10.2020)

Bangun awal pagi pukul 7.00 a.m.

Minum teh tarik. Habis segelas. Zupp! Pergi reban bagi makan ayam.

Benda ni perkara biasa je sebab dah biasa sejak dari 4 bulan lepas dah mula.

Agak barai sikitlah. Ini reban ayam botak. Kena asing. Sebab tak nak mengganggu kekayaan genetik ayam kampung asli. Sembang.

Firstly, buka tirai reban anak ayam pastu tutup lampu.

Masuk je reban bagi makan ayam dalam setiap reban. Dedak campuran jagung (50:50).

Bagi makan ni senang je. Ayam dah sekitar umur 1 bulan dan ke atas dah boleh bagi 50g per ekor. Yang anak ayam untuk tumbesaran dan yang induk pula untuk kelangsungan hidup. Boleh aje kalau nak bagi lebih, bergantung kepada kebangsawanan anda. Saya tak mampu. Jadi guna pendekatan lain yang lebih cost-saving. Ada caranya. Nanti saya citer details dalam posting lain.

Ayam induk tinggal dalam reban tapi dibiarkan lepas dalam kawasan pagar. Erti kata susah secara semi-intensif.

Ayam kena jugak lepaskan bagi dia exercise. Baru pejal daging dia. Berotot lagi. Tak lembik berlemak cam ayam daging.

Settle bagi makan semua, turn maintenance keperluan lain.

Inilah reban utama. Boleh menempatkan 300 ekor kampung sepusingan. Tapi sekarang tinggal 108 ekor anak ayam ngan 34 ekor ayam induk. Ada lagi reban sebenarnya. Reban ayam bertelur. Tapi agak segan nak tunjuk sebab ayam ada seekor je bertelur tengah mengeram. Hari lainlah ye!

Bekalan air ayam ada yang dah habis. Jadi saya refill semula. Kat sini, saya bagi 2 jenis air iaitu air gula merah campuran Effective Microorganism (EM) dan air biasa.

EM buat sendiri guna molasses dengan pati EM1. Dah tinggal sikit sebab berbulan dah pakai. Jangan risau ada lagi stok.

Untuk air pon mudah formulanya, setiap liter air perlu dicampurkan dengan 10ml EM.

Penggunaan EM ni penting bagi mengurangkan bau dan lalat.

Bukan model. Itu contoh nak tunjuk EM tu macam mana.

Apa-apahal sebelum bancuh, basuh dulu bekas minuman. Supaya dapat mengelakkan kontaminasi bakteria pada air. Kebersihan perlu diutamakan.

Bekas air kena bersih. Basuh dahulu.
Advertisements
Untuk bekas 12L jadinya pakai 120ML EM. Inilah hasil dia.

Air pon settle. Apa lagi santai. Kita lepak chill dalam reban, pantau ayam.

Semalam, menu tambahan adalah ulam raja

Sisa dedaun atau rumput tak perlu buang luar dari reban. Tabur je kat lantai sebagai implementasi deep-litter system. Biarkan kering dan terurai secara semula jadi. Kan teratur pengurusan sisa kalau macam itu.

Ayam induk dalam kawasan berpagar.
Ayam-ayam kebotakan seperti yang dinyatakan tadi.

Ayam botak ini kena asingkan. Sebab behaviour dia lain macam. Pelahap satu, kalau disekalikan dengan ayam kampung asli, mau terbantut diorang nanti. Yang kedua agak berbau. Mujur, pakai EM kurang sikit baunya.

Di sebelah petang pula, ayam diberi makanan tambahan. Baru pure ayam organik.

Menu hari ini ialah maman pasir.

Kajian saintifik menunjukkan maman pasir bagi setiap 100g mengandungi:

  • 3.9g Protein
  • 0.3g Lemak
  • 3.6g Karbohidrat
  • 250mg Kalsium
  • 131mg Vitamin C
Anak ayam ni kalau bab makan maman pasir. Besok rata licin tinggal batang.

Selain itu, ianya juga membantu melawaskan penghadaman, melicinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.

Diharapkan dengan pemberian ulaman ini, konsumer dapat khasiatnya secara tidak langsung.

Ayam induk pon makan yang sama.

Pemakanan ayam ni kenalah jaga, bagi menjamin kualiti ayam yang kita ternak. Baru lain daripada ayam orang lain dari segi rasa.

Macam-macam lagi yang saya sediakan sebagai makanan tambahan ayam saya. Bergantung kepada hari dan jadual yang telah diaturkan.

Bab makan ni kena teliti, ibarat omputih cakap “We are what we eat” begitu jugalah konsepnya terhadap ayam. Nak ayam berkualiti premium. Bagilah makanan yang berkualiti.

Setakat itu sahajalah, aktiviti saya untuk hari ini. Saya akan update from times to times untuk aktiviti seterusnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: