Penjagaan anak ayam ini memerlukan pemantau yang intensif dan rapi. Sebab anak ayam kampung asli pada sekitar umur 1-14 hari ini, dia agak fragile ataupun rapuh. Ada je tak kena sikit..mati. Macam-macam sebab berlaku kejadian tersebut. Jangan pening-pening! Saya ada! Saya boleh share tips menternak anak ayam kampung asli pada umur seperti dinyatakan. Ini cara yang mudah dan berkesan untuk anda.
Kenapa nak kena jaga rapi??

Mestilah nak untung bila jual. Takkan nak rugi sebab ayam mati. Haha. Tidaklah.
Untuk jawapan yang lebih berilmiah adalah sebab sistem ketahanan badan dia belum kuat lagi, pembentukan organ dalaman belom sempurna lagi, sistem pencernaan tidak stabil, badan tak boleh mengimbangkan suhu secara optimum, dan mudah terserang penyakit kerana imunisasi badan yang lemah.
Justeru itu, anak ayam ini memerlukan sumber haba yang mencukupi, dijaga pemakanan dan minumannya, kebersihan, pencahayaan yang ideal dan sebagainya. Perkara-perkara sedemikian adalah penentu untung rugi perusahaan anda. Jadi jangan ambil mudah!
Persediaan awal sebelum kemasukan anak ayam kampung asli
Sediakan brooder bersaiz 15 kaki per segi. Boleh ikut ukuran 5 x 3 kaki = 15 kaki per segi untuk 100 ekor anak ayam. Sebenarnya lebih lagi baik supaya anak ayam bebas bermain tanpa ruang yang terhad.
Tapi rugilah! Dah buat besar untuk kapasiti ayam yang sedikit. Jadi tambah jelah anak ayam ikut spesifikasi tadi. Jangan risau ayam selesa je dalam brooder bersaiz tu. Semua bergantung pada kemampuan anda. Nak lebih, spend lebih.
Spefikasi lain untuk brooder ini pula, pastikan dinding tidak boleh ditembusi angin untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk yang boleh menurunkan suhu brooder secara mendadak. Saya pakukan terus pakai plywood. Dan bahagian atas pula pakai pintu tandas sebab plywood out of stock. Takyah paku sebab boleh buka cabut semula untuk tujuan penyelenggaraan anak ayam nanti.
Selepas itu, lantai pakai dawai mata saiz 1/2 inch supaya senang nak selenggara najis ayam terus jatuh ke bawah dan anak ayam tak terbolos kakinya ke bawah. Selama 14 hari tu boleh alas juga lantai dengan surat khabar bagi memastikan angin tidak masuk daripada bahagian bawah.
Inilah antara brooder saya bersaiz 5 x 3 kaki per segi. Usang sikit. Tapi yang penting fungsi dia. Kawasan stor pada asalnya itu yang bersepah. Antara brooder yang lain yang menjadi pilihan para anak ayam. Pakej elit.
Sediakan pencahayaan dan haba yang optimum. Untuk setiap 30 ekor anak ayam gunakan mentol lampu yang oren tu. Nilai Watt yang sesuai di antara 15W – 25W.
Saya pakai 15W sahaja. Sebab based on pengalaman percentage anak ayam saya hidup lebih tinggi pada brooder guna mentol 15W.
Adjust lampu agak tinggi 1 inch dari tinggi anak ayam. Dah kemas dah! Cun!
Boleh sahaja kalau nak pakai 25W tapi kasi lagi tinggi sikitlah daripada ketinggian tadi. Jangan terlalu rendah! Bahaya kat anak ayam. Risau mata buta sebab dekat sangat plus kalau pakai mentol Watt tinggi. Lagi bahaya.
Ada lagi sebab lain. Sebagai contoh kalau lampu rendah, pastu anak ayam himpit rapat-rapat lampu. Jadinya akan menyebabkan pembiasan haba dalam brooder tidak stabil. Itu masalah. Boleh menyebabkan suhu turun mendadak.
Saya make sure dulu suhu dalam lingkungan 32 – 37 darjah celcius. Tembak pakai temperature gun beli masa MCO.

Sediakan bekas makanan dan minuman yang mencukupi. Cara kiraan mudah begini, untuk setiap 30 ekor gunakan 1 bekas air minuman bersaiz 1 liter berharga RM3.50 je bahkan mungkin ada lagi murah.
Untuk bekas makanan pula, pakai yang kecil berharga sekitar RM8 di kedai-kedai berdekatan. Alah bekas yang memanjang tu. Ini untuk peringkat umur 1-14 hari ye. Umur atas daripada tu kena upgrade lagi. Nanti saya cerita kat posting yang lain.
Untuk susunan bekas makanan dan minuman dalam brooder, pastikanlah tidak terlalu berdekatan dengan lampu. Sebagai contoh yang mudah seperti air vitamin ianya akan berkurang khasiatnya kerana reaksi kimia terhadap cahaya.
Paling mudah, letakkan kedua-duanya di belah hujung brooder. So, taklah mengganggu pergerakan anak ayam.
Sedang membasuh bekas air dan minuman. Kena kasi bersih. Taknak ada bakteria. Sebagai contoh susunan. Tapi saya dah tukar bekas makanan yang panjang.

Sebelum kemasukan anak ayam, sediakanlah juga makanan dan minuman yang cukup.Untuk 1-3 hari berikan air vitamin berturut-turut selepas masuk ayam. Air vitamin yang dimaksudkan boleh didapati di kedai berdekatan berjenama Vita-plus. Ini jenama yang saya guna. Alhamdulillah! Ayam sihat-sihat belaka. Ada lagi jenama lain. Bergantung pada pilihan anda sendiri.
Formula bancuhan dia adalah 1g untuk 1 liter air. Air ini sebenarnya boleh sahaja digunakan untuk tempoh sepanjang 14 hari selepas kemasukan anak ayam.
Antara opsyen lain, anda boleh menggunakan air gula merah dengan campuran Effective Microorganisms (EM). Boleh buat sendiri EM ni. Saya pakai air ini selepas hari ke-3. Formulanya 1ml bersamaan 1 liter air. Air ini membantu memberikan tenaga kepada anak ayam.
Untuk makanan pula, gunalah dedak starter sepanjang tempoh 14 hari bagi memastikan pertumbuhan anak ayam stabil. Terdapat pelbagai jenama di pasaran. Saya lebih memilih menggunakan CP511 Pokhand. Dan baru-baru ini, mula memakai Dedak Toyyibah yang menggunakan sumber protein daripada fish-meals ataupun sumber ikan. Yang pastinya terjamin kehalalannya kerana bukan menggunakan blood-meals yang tidak diketahui sumbernya darah apa.
Vita- PLus yang saya gunakan. Beginilah air gula merah dengan EM tu. Tapi ni untuk ayam dewasa. Gambar untuk bekas anak ayam tiada.
Cara penjagaan bila masuk anak AYAM KAMPUNG ASLI
Bila dah start masuk anak ayam dalam brooder. Pastikan keperluan sebelum kemasukan seperti yang diberitahu tadi telah lengkap. Nescaya, kejayaan penternakan anda pada peratusan yang tinggi. Tapi jangan ambil mudah bab kebersihan. Surat khabar digunakan sebagai alas lantai perlu ditukar setiap hari. Jangan sampai anak ayam makan tahinya semula. Nanti boleh jadi berak kapur. Dan lebih mudah terkena penyakit. Untuk makanan pula, ianya juga perlu ditambah. Seekor perlu memakan 25g sehari. Air perlu diganti setiap hari. Lampu mentol sentiasa dipantau agar sentiasa berfungsi. Kalau rosak, tukar. Kalau pecah, tukar juga. Mentol ke ayam penting? Yang paling penting adalah persediaan awal. Kebiasaannya, kegagalan pada persediaan awal yang menjadi punca kematian ayam. Macam saya awal-awal dahulu. Sedih. Tapi sekarang dah tahu cara yang sesuai dan berkesan. Takdelah jadi macam dulu-dulu.
Jadi, saya tak nak perkara ini terjadi kepada orang lain. Saya berharap info ini membantu anda.
Disclaimer: Semua info yang dikongsi seperti tertera di atas adalah based on saya punya pengalaman sendiri. Ada cara yang lebih praktikal. Tapi yelah itu semua berdasarkan pengalaman sendiri. Kita buat, kita yakin, pasti berjaya. Saya menjanjikan kadar kematian sekiranya mengikuti cara saya adalah sekitar 3-5%.
Anak ayam baru tiba. Cun! Ayam kena berak kapur. Jadi bersihkan! Gunting lebih baik, tarik sakit woi..
SEKIAN SAHAJA DARIPADA SAYA. TERIMA KASIH.
SELAMAT MENCUBA JUGA!
One thought on “Cara Menternak Anak AYAM KAMPUNG ASLI (Umur 1-14 Hari) Paling MUDAH dan BERKESAN!”