EPISOD 2 – Hectic day! (15.10.2020)

Memang setiap hari, saya bangun awal pagi. Sebab nak settle keje lain belah petang. Jadi kena efficient dan sistematik. Tapi tidak untuk hari itu, petang memang for sure rushing.

Keluar pintu rumah. Ada ‘member’ dah terbaring selamanya. Salam takziah buat kucing saya.

Buka pintu rumah..Tengok-tengok anak kucing mati..Alahaii

Pengebumian tersebut dijalankan tanpa sebarang waris pun yang datang menuntut. Life must goes on.

Selamat dikebumikan. Rest in Peace Pirate. Sebab buta sebelah.

Tak boleh berlengah. Terus masuk reban. Melaksanakan urusan yang tertunggak. Kesian kelaparan ayam-ayam saya.

Kerja-kerja kat reban ni, Macam biasalah setiap hari.. bagi makan.. ganti air minuman.. Memang tak lari rutin, mesti sama.

Kalau bab-bab ini, mana-mana reban sama sahaja rutin dia.

Ganti air EM untuk anak ayam
Inilah stok EM baru buatan saya sendiri

Tapi haritu lain sedikit, saya nak bersihkan dalam reban sikit sebab tahi bersepah. Melekat dinding lagi. Nasib pakai EM, takdelah bau. Lalat pun kurang.

Banyak betul tahi ayam.
Selesa lepas makan

Hari yang lepas saya ada mentioned pasal reban lain kan?

Hahh..meh saya tunjuk.

Ini brooder yang dah tersedia. Maklumlah petang ini nak ambil stok anak ayam baru. Yeah!

Tamat sesi pengenalan reban.

Saya sambung kerja balik. Pergi cari Rumput Israel sebagai makanan tambahan ayam. Nak tau apa khasiat dia?

Tak tahulah apa yang sedap ngan rumput ini. Ayam happy. Kita pun happy.
Advertisements

Tinggi antioksidan.

Tinggi protein bagus untuk ternakan.

Melawas kencing.

Merawat masalah kekejangan otot.

Serta boleh digunakan untuk merawat luka dan bengkak.

Ayam senang hati. Kita pon senang hati. Jimat kos kalau ayam dah tak perlu bergantung sepenuhnya pada dedak.

Disebabkan petang nanti nak pergi ambil stok anak ayam baru. Jadi kenalah buat preparation awal. Bahaya tak ready siap-siap. Kang ayam tak dapat, bangkai yang dapat.

Kalau tak buat awal..mesti masa nak masuk ayam nanti serabut.

Jadinya, kenalah basuh bersih semua bekas makanan. Jangan tak basuh. Amalan sanitasi perlu diamalkan.
Sediakan air minuman siap-siap. Susun bekas-bekas itu semua supaya teratur.

Kemudian, waktu petang dalam pukul 5 begitu. Saya keluar pergi jumpa supplier.

Nak amik stok punya pasal. Haha

Jumpa supplier. Borak-borak minum depan rumah dia. Excited nak amik ayam sampai lupa ambil gambar.

Balik rumah terus bergegas nak masukkan ayam dalam brooder.

Inilah stok anak ayam kampung asli baru saya.

Ayam yang dah masuk brooder untuk makluman tuan-tuan/puan-puan, tak perlu bagi makanan serta-merta dalam tempoh 30 minit. Bagi air dulu untuk rehidrasi atau mengembalikan air dalam badan. Baru kembali bertenaga. Maklumlah dalam perjalanan, tak menghirup setitis air pun.

Lagi satu, masa masukkan tu, celupkanlah paruh anak ayam dalam air minuman bagi dia kenal air.

And lagi satu, jangan tergopoh-gapah nak segera masukkan anak ayam. Jangan terus masukkan semua.

Masukkan satu per satu. Baru tahu samada betul atau tidak ianya seperti yang kita order. Kalau kurang, inform supplier. Kalau lebih, rezeki kita. Buat senyap sahaja.

Persediaan awal itu penting. Tapi saya masa itu, pon masih lagi agak serabut sebab dah lewat maghrib baru balik. Lepas itu, memang terkejar sana-sinilah nak masukkan ayam. Haihh

Untuk peringatan semua, seeloknyalah masukkan anak ayam waktu siang. Jadi takdelah pening. Reban takde lampulah. Nak buat kerja pon susahlah sebab tak nampak penglihatan kurang jelas. Kan dah merisikokan anak ayam kalau begitu?

Antara anak ayam yang telah dimasukkan ke dalam brooder.

Walaubagaimanapun, persediaan awal tulahh yang paling penting. Yang menentukan samada hidup atau mati anak ayam. Take note.

Kalau tak tahu, boleh belajar sini. Sekian sahaja daripada saya. Kita bersambung di episod yang akan datang. Peace!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: