Untuk merawat ayam ini, macam-macam cara yang ada sebenarnya. Kebanyakkannya, banyak yang diceritakan di dalam buku, kita perlu ubat-ubatan, vaksin dan sebagainya. Macam-macam ubat, sebagai contoh Vaksin NDIB, vaksin Sampar, ubat puru, ubat kolera dan macam-macam lagi. MUDAHKAN? Tak perlu beli, tak perlu susah. Benda dah tersedia ada. Hanya perlu campurkan sahaja pada konsumsi minuman ayam.

Akan tetapi, cara semula jadi menggunakan herba masih lagi diterima pakai untuk penternakan ayam. Tinggal rajin atau tidak nak hasilkannya sendiri. Penggunaan sumber semula jadi ini bagus untuk ternakan. Sebab kita tidak tahu ‘side-effect’ daripada kesan ubat-ubatan yang diberikan pada ayam. Sebagai langkah menerajui penternakan organik, penggunaan sumber semulajadi perlu diamalkan. Tambahan pula, ianya mudah, senang didapati dan menjimatkan kos. Jadi tidak perlu membeli ubat-ubatan yang memberikan kesan yang sama pada ternakan ayam. Kehebatan ubat tradisional jangan diremehkan.
Tanpa melengahkan masa lagi, korang mestilah nak tahukan cara mengubati ayam sakit kan?. Mudah sahaja. Hanya perlu daun hempedu bumi, kunyit dan bawang putih. Boleh sahaja nak tambah Dibawah saya sediakan formula penyediaannya untuk portion seekor ayam. Sediakan bahan seperti dibawah:

Kenapa hempedu bumi? Sebab herba ini memberi kesan baik terhadap ayam. Terutamanya sebagai rawatan ular dan gigitan serangga, kehilangan selera makan, agen astringent, pembunuh bakteria, ubat penghilang rasa sakit, meredakan demam dan rawatan untuk cacing. Banyak sebenarnya khasiat tumbuhan ini, tapi setakat itu sahajalah yang saya nak highlight sebab itu antara manfaat pentingnya terhadap ternakan.

Manakala untuk bawang putih pula, adalah sebagai ubat saraf, ubat cacing, ubat demam, antiseptik, ubat kurap, meningkatkan imunisasi ayam dan meningkatkan metabolisma pertumbuhan ayam. Banyak bukan kesan-kesan baiknya?
Kunyit pula untuk meningkatkan nafsu makan ayam, penambah stamina dan tenaga, antibiotik, membantu pencernaan, serta menguatkan fizikal ayam terutama pada bahagian kaki. Bayangkan kalau 3 herba ini bergabung menjadi 1. Hebat bukan kesannya?

Tak perlu sembang lagi. Dah sediakan lengkap bahan-bahan seperti dalam gambar, terus masukkan dalam pestle and mortar. Selepas itu, tumbukkan sampai lumat.

Bagi makan ramuan itu, 2 kali sehari secara berkala sepanjang 2-3 hari.
Tengok perubahan pada ayam. Sekiranya, ayam dah cergas, aktif dan berselara makan.
Jadi bolehlah dibiarkan lepas bersama kawanan asal dia.

Untuk makluman, cara ini adalah sebuah cara yang konvensional. Cara yang mudah mengubati ayam yang sakit. Dan sepanjang saya menggunakan cara ini, ianya dapat dilihat memberikan kesan positif pada ayam saya.
Sekiranya, anda dapat lihat tanda seperti ini pada ayam:
- Kurang nafsu makan
- Monyok dan tidak aktif
- Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
- Muka bengkak
- Berak cair atau berdarah
- Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
Maka segeralah, merawat ayam anda kalau dah nampak tanda itu. Bukan apa! Ayam kalau dah seekor terserang penyakit, pasti wabak itu akan merebak. Mencegah lebih baik daripada merawat. Lepas ini tak perlu susah-susah nak bergegas ke kedai haiwan atau veterinar lagi. Pergi dapur sahaja, tanya mak. Sama-samalah kita manfaatkan ilmu pengalaman saya ini. Saya cuma berkongsi. Ada sahaja cara yang lebih baik. Tapi benda dah terbukti berkesan. Kenapa tak nak kongsikan? Setakat itu sahajalah perkongsian saya.
Sekian sahaja dari saya.
tips yg baik tapi bagaimana dgn kuantitinya setiap bahan…ikut dlama gambar ke untuk 1 ekor ayam
LikeLike
Untuk lebih terperinci sebaiknya en/tuan..sediakan seulas bawang…seulas kunyit…4 helai daun hempedu bumi…agak agak je kunyit dengan bawang tu besar hujung jari manis..dihaluskan atau tumbuk kesemua bahan..sebelum bagi ramuan herba tu..pastikan tembolok ayam sudah berisi sedikit makanan..terima kasih sebab memberi feedback..sesama kita manfaatkan ilmu ini bersama
LikeLike