Tips Pemberian DEDAUN/ RUMPUT/ SERAT Untuk AYAM anda

Daun dan rumput pada unggas bukan untuk penjimatan, tetapi lebih kepada khasiat tertentu dan supplement kesihatan.

Ayam botak sedang makan bayam brazil. Habis rata dimakannya.

Unggas (ayam, itik, angsa, puyuh) tidak dapat menghadam serat/fiber seperti ruminan (lembu, kerbau, kambing). Jadi perlu berhati-hati jika ingin memberikan daun/rumput atau bahan lain yang mengandungi serat tinggi. Unggas hanya mampu menghadam serat antara 5-15% sedangkan kandungan serat dalam daun/rumput antara 20-50%.

Jika ingin berikan ketum ayam/mulberry/napier sesuaikan dengan keperluan ternakan. Jika kadar serat lebih tinggi dari keperluan, maka untuk menghadam serat tersebut sehingga keluar menjadi najis memerlukan nutrient yang lainnya. Untuk lebih mudah difahami, saya berikan contoh seperti ini: 

Jika ayam dewasa perlukan serat 7g sehari biasanya serat tersebut sudah tersedia dalam dedak komersial, jika kita tambah pemberian daun yang kadar serat di dalamnya 10g maka semua serat daun tadi tidak dihadam dan akan dibuang menjadi najis. Untuk proses membuang tersebut akan gunakan tenaga dari dedak.

Kesimpulannya, pemberian daun/rumput sebaiknya untuk ayam yang terbaik sekurang-kurangnya antara 5-15% sahaja.

  • Untuk peringkat starter sebaiknya gunakan dedak sepenuhnya.
  • Untuk peringkat grower sudah boleh diberi 5-10%.
  • Untuk layer dan breeder adalah 5-15% kerana lebih daripada itu akan menyebabkan penurunan berat dan penurunan pengeluaran telur.

Sekian sahaja daripada saya. Manfaatkanlah ilmu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: