Delay sangat ni. Banyak hari lepas. Banyak cerita tertinggal.
Tiada masa nak update story sebab hectic sangat jaga anak ayam kan?
Itu perkara yang wajib. Jangan sambil lewa. Kita berurusan dengan nyawa ayam. Untung rugi semua itu.
Untuk story kali ini, saya drag teruslah cerita 2 hari terus-menerus.

Settle buat kerja asas reban apa semua. Time buka brooder. Nampak 1 ekor dah mati. REST IN PEACE.
Lepas itu, saya berfikir dan take action of what’s wrong actually?
Pada fikiran saya satu perkara mustahak… iaitu suhu..masih belom stabil lagi ni..jadi saya turunkan sedikit ketinggian lampu. Maklumlah, kita pengusaha skala kecil. Bukan ada sistem pemanas macam gas heater or infrared lamp itu semua. Jadi pendekatan macam itulah mampu diterapkan.

Yang lain pon nampak ‘OK’. Jadi kita tunggu dan lihatlah perkembangan yang lain pada hari berikutnya nanti. Bermakna my system well-effective.



Ayam kalau dah kena berak kapur ini, seeloknya diasingkan ke brooder lain jika ada. Atau pun trimming bahagian yang berak kapur itu. Bolehlah guna gunting. Kalau susah buat sahaja slow-slow. Memang leceh tapi kalau disentap, sakit ayam itu. Nanti ayam stress. Risau mati mengejut. Ini bertujuan bagi memudahkan proses pembuangan najis semula.
Kalau saya, saya buang dahulu bahagian bermasalah dan biarkan sahaja dahulu seharian. Ikuti perkembangannya dengan pemantauan yang rapi.
Anak ayam ini pada peringkat bawah 2 minggu, sistem pencernaannya belum sempurna terbentuk. Jadi perkara itu perlu diberi perhatian terutama soal pemakanan ayam tersebut.
Kalau ada brooder lain, pindahkan sahaja yang bermasalah setempat bagi tak memberi kesan kepada yang sihat-sihat. In term of emotion, takut yang lain kemurungan bila kawan-kawan mati.

Ataupun kalau tak mahu membazir. Just cabut bahagian penutup air itu. Basuh bersih. Dan pasang balik. Memang agak tak appropriate. Tapi sayangkan air baru buat dah kotor sebab ada sisa makanan dalam itu. Ini biasa gara-gara anak ayam mengaislah ini. Haha.

Lepas dah siap semua itu, mulalah saya duduk kepenatan seketika dan termenung. Fikir apalah sebab seekor itu mati. Dah termenung kita tengok ayam. Punca dari seekor anak ayam. Haihh.

Ayam pon tertanya apa yang kita menungkan itu.
Ayam: Kenapa tu bang?
Aku: Anak ayam mati.
Ayam: Relaxlah saya boleh bertelur 16-20 semusim. Nanti gantilah..
Ini sekadar monolog dalaman sahaja.

Ayam botak macam biasalah being ayam botak. Pelahap teruk..
Siap lepas 70 hari, you guys out! Boleh jual.
Masuk rumah. Lunch. Pukul 3.00 p.m. sambung.

Waktu petang pula, saya sambung bagi makan sesi ke-2.
Ini hasil sisa dapur rumah saya. Ada baki lebih. Bagi sahajalah.
Apa-apahal, saya basuh dulu nasi tersebut bagi bersih.
Lagipun bagus pendekatan ini, sebab pertama sekali sumber makanan tambahan ayam.
Kedua, pengurusan sisa buangan terjaga. Jadi tiadalah berlaku pembuangan sisa tidak terkawal yang boleh menarik perhatian lalat dan serangga.
Win win situation. And look like integrated agriculture system. Baru nampak penerapan separuh moden dan separuh tradisional.
Setakat itu sahajalah kelainan dalam hari saya. Selebihnya kerja asas dalam reban. Nak dicerita panjang pon berulang-ulang kali.
Apa-apahal! Tunggu dan lihat sedutan akan datang. See ya!