PENGIRAAN KOS OPERASI Penternakan AYAM KAMPUNG ASLI.

Jumlah Ternakan : 100 ekor (satu tempoh pengeluaran)

Jumlah Makanan (100 hari) : 50g (seekor/hari)

Harga Anak Ayam DOC (RM): 3.50/ekor

Berat jualan untuk pasaran: 1.3-1.5kg

Harga Ayam Kampung Asli Hidup untuk Daging (RM): 18.00/kg

Advertisements

Ini adalah benda paling crucial sekali, sudah semestilah menternak untuk dijual. Mestilah nak untung. Kalau tak mahu untung, buat penat sahajalah menternak.

Dengan harga pasaran terkini ayam kampung asli hidup berharga RM18 per kg. Jadi putih mata kita. Terliur tekak. Siapa tak mahu kalau ada 100 ekor dengan anggaran 1kg seekor x RM18. Yang lagi membuat anda putih mata!!! Dalam tempoh 100 – 110 hari tu tak mungkin ayam setakat 1kg sahaja. Pada tempoh itu kebiasaannya ayam beratnya sekitar 1.3 – 1.5 per ekor.

Dengan penjagaan rapi dan intensif dalam pemakanan ayam kampung pada masa kini, bahkan ada juga yang mampu mengutip hasil jualan ayam lebih awal dari tempoh yang dinyatakan serta telah mencapai berat pasaran.

Lebih daripada tempoh sudah menjadi kos berlebihan, kerugian menampung belanja dan tidak seperti yang dirancang. Even kalau jual, samada anda perlu jual lebih mahal untuk keuntungan. ATAU!! Jual pada harga yang murah sekadar mendapatkan pulangan modal.

Tanpa bercerita panjang, saya kongsikan serba sedikit tentang kos-kos pengiraan operasi untung rugi penternakan saya.

Saya menternak ayam dengan kapasiti sebanyak 300 ekor setakat ini. Ingin menambah kapasiti reban di masa akan datang. Sekiranya, ada keuntungan lebih ataupun kalau dapat dana dan pembiayaan dari badan-badan berkaitan. Haha.

Secara mudah, untuk penternakan 100 ekor ayam untuk tempoh 100 hari:

Anak ayam harga RM3.50 x 100 ekor: RM350

Dedak starter anggaran (RM100/50kg) x 3 beg (150kg untuk 30 hari): RM300

Dedak grower anggaran (RM100/50kg) x 7 beg (350kg untuk 70 hari): RM700

Bil api dan air (RM0.0016/hari/ekor) x 100 ekor x 100 hari: RM16

Peralatan bekas air dan makanan ( 3 unit chicken feeder RM22/unit untuk 10kg makanan + 3 unit chicken drinker RM7.50 untuk 6L air): RM88.50

Ubat-ubatan (Vaksin RM30 + Vitamin, ubat puru, coryza RM20): RM50

JUmlah: RM1504.50
  • Bermakna perbelanjaan untuk seekor anak ayam adalah RM15.04 untuk satu pusingan jualan.
  • bermakna RM0.1504 sehari untuk seekor anak ayam sehingga tempoh 100 hari.

Kos yang dinyatakan tidak termasuk kos pembinaan reban. Mungkin kita akan ketahui lebih lanjut dalam posting yang akan datang. Ianya merupakan aset tetap, balik modal akan pada tahun pertama. Anda makan untung lebihlah jawabnya nanti.

Untung lebih penjimatan anda cari barangan di portal online seperti Shopee, Lazada dan sebagainya. Ada yang lagi murah kalau pandai cari.

Seperti di sini, sini dan sini!!!!!!!! Sebagai contoh.

Anda boleh menetapkan kos luar jangka 10% sebagai langkah berjaga-jaga dan jaminan kejayaan projek. Kalau pengurusan kos, seperti yang dirancang. Sila masuk poket baliklah duit 10% itu.

Belom lagi anda berikan pemberian makanan tambahan seperti sayuran dan dedaun. Pasti anda boleh membuat penjimatan 5-15%.

Mari kita keuntungan pula. Hehe

Kalau 100 ekor anggaran berat seekor adalah 1kg: 100kg x RM18: RM1800

Tolak kos operasi seperti di atas: RM1800-RM1504:

Untung RM296!

Kalau 100 ekor anggaran berat seekor adalah 1.3kg: 130kg x RM18: RM2340

Tolak kos operasi seperti di atas: RM2340-RM1504:

Lagi UNTUNG RM836!

Kalau 100 ekor anggaran berat seekor adalah 1.5kg: 150kg x RM18: RM2700

Tolak kos operasi seperti di atas: RM2700-RM1504:

SANGATLAH UNTUNG RM1196!

Advertisements

Itu baru 100 ekor. Kalau 200 ekor? Kalau 500 ekor? Kalau 1000 ekor???? Untung bukan?

Even kalau anda jual borong pada harga RM15-16/kg. Masih ada untungnya.

Bergantung kepada cara anda bargaining dan marketing.

Kalau saya jualan pertama saya target jual RM16/kg. Sebagai promosi. Sebagai satu sedekah. Sebagai pengenalan pemberitahuan yang kita available for business. Once orang dah tahu kewujudan kita, dan rasai produk kita. Kemungkinan, they will be our regular customer in the future. Put on positive vibes on everything you do.

Kalau nak lagi untung buat siap proses dalam harga RM20-22/kg. Cabut bulu, buang perut dah kurang kurang 400g seekor.

Cuma perlu diingatkan lebih kapasiti, lebih perbelanjaannya. Dan kena lebihlah usahanya.

Walaupun info saya ini tidak selengkap mana. Saya harap ianya bermanfaat dan serba sedikit memberi pendedahan kepada anda yang ingin memulakan penternakan ayam kampung asli.

Advertisements

5 thoughts on “PENGIRAAN KOS OPERASI Penternakan AYAM KAMPUNG ASLI.

  1. Jika tak mahu vaksin, apakah langkah pencegahan lain yg boleh dilakukan bagi memastikan ayam sihat.?

    Pada saya jika dah disuntik dengan bahan ubatan, ia sudah tak dikira organik atau asli.

    Maaf ini sekadar pendapat, saya berniat dah lama nak mulakan penternakan ayam kampung yg bebas ubatan moden.

    tapi tiada ilmu. Apa pun saya suka dengan content tuan. Terima kasih untuk ilmu² ni. Teruskan update tentang ayam kampung 😁

    Like

    1. Amalkan amalan penternakan baik..dimana keutamaan kepada sumber pemakanan, biosekuriti dan kebersihan reban perlu dijaga rapi secara terperinci..tak mahu vaksin pon tidak mengapa..cuma pastikan 3 perkara tu cukup dan dilaksanakan dengan baik..boleh rujuk dengan lebih lanjut dalam entry saya sebelum ini untuk penjagaan asas diperingkat awal. untuk kesahihan tentang organik atau tidak ini..ya ayam yang divaksin, diberi makanan berunsurkan antibiotik, tidak dikira sebagai ayam organik untuk makluman tuan.

      Like

  2. Assalamualaikum en hakim

    Boleh saya bertanya mengenai pengiraan ini ya.

    Dedak starter anggaran (RM100/50kg) x 3 beg (300kg untuk 30 hari): RM300

    Mcm mana pengiraan kos dedak utk 300kg tu boleh jadi RM300 yer? Sbb harga yg diberi utk 50kg dedak ialah RM100. Jika 3 beg dedak beratnya baru 150kg. Utk dptkan 300kg ialah memerlukan 6 beg dedak. Dan kosnya ialah RM600.

    Termasuk juga dgn pengiraan kos utk dedak grower.

    Harap en hakim boleh memberi maklum balas.

    Terima kasih

    Like

    1. Waalaikummussalam En Jazlan.. terima kasih untuk makluman tersebut..dan minta maaf untuk kesilapan info tersebut.. ye betul untuk makanan starter per 100 ekor memerlukan 150kg untuk tempoh 30 hari tersebut. bahkan lebih menjimatkan sekiranya anda kurangkan kepada 30g per ekor anak ayam untuk penjimatan dedak..jangan risau untuk tempoh tu ayam masih cukup makan..tiada pembaziran…saya telah update semula entry ini..sekian terima kasih

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: