Cara Ternak AYAM BOTAK

Nak bela ayam botak boleh. Semestinya boleh. Dan semestinya mudah. Ayam botak ini dia lebih tahan lasak sikit. Pada sayalah.. sebab bela 50 ekor tiada seekor pon yang mati. Pakai mentol 15W 2 biji. Semua hidup. Mati pon lepas kami sembelih sendiri. Buat makan sendiri. Haha.

Bermakna di situ, kita dapat kenalpasti bahawa ayam ini sangat tahan lasak kepada penyakit dan suhu yang tak stabil secara mata kasar. Mungkin ada yang lebih tahu lebih lanjut secara terperinci. Boleh share?

Cuma kena aware yang ayam ini sangat pelahap, kuat makan, such a big appetite dan sebagainyalah. Takut saya. Bayangkanlah bagi makan sama portion seekor ayam kampung. Petang dah habis dah. Tak cukup pada mereka. Lepas itu, bising minta makan lagi. Masa dia peringkat umur 1 – 2 minggu, hampir 3 kali saya bagi makan. Brooder depan rumah memang dengarlah berdecit-decit. NAK MAKAN! Memang annoying. Tapi dah belakan. Kenalah ada tanggungjawab. Bagilah anggaran 70g per ekor. Baru senang hati lepas itu. Ayam dah tak bising.

Disebabkan ayam ini makan banyak, jadi pembuangan tinja dia pon banyak. Jadi kena rajin-rajinlah bersihkan. Lagi satu ingin mengelakkan bau yang kurang menyenangkan. Sebaiknya, guna EM.

Bagi makan lebih tak mengapa. Ayam ini bela setakat 70 hari sahaja. Pejam celik. Dah boleh jual. Dalam 70 hari itu, ayam botak ini boleh mencecah 1.3 – 1.5kg kalau cukup makan. Bahkan ada yang sampai 1.6kg macam ayam saya. Ermm exceed expectation saya. Tapi tidak mengapa. Yang penting jual.

Advertisements

Kalau bela 100 ekor, bagi makan 70g sehari

100 ekor x 70g: 7kg/hari

7kg x 70 hari: 490kg untuk 70 hari.

Bermaksud anda kena sediakan dalam 9.8 beg dedak/ 50kg

Kalau macam saya, saya bagi 60g lepas satu bulan sehingga tempoh 70 hari. Then topup makanan lagi 10g per ekor dengan makanan tambahan seperti dedaun mulberi, rumput israel, bayam brazil, sirih, maman pasir, daun kacang botol, dan ulam raja setiap hari. Jenis daun diberi berbeza setiap hari. Hanya 10% bagi seekor ayam sehari. Dari situ, kita dapat lihat 10% penjimatan juga. Banyak juga itu. Kita pon ada kelebihan dari segi kos perbelanjaan. Tambahan ayam kita pon sihat dengan pemakanan yang sihat. Baru organik!

Apalah sangat saya bela 50 ekor sahaja.

Untuk contoh lain:

Untuk pengiraan kos pula, seekor anak ayam botak kira-kira RM3.20.

Beli 100 ekor, dengan harga RM320.

Belanja makan sekitar RM980.

Jual pada berat 1.5kg. Dengan harga ayam hidup RM12 per kg . Hasil jualan sebanyak RM1800 selepas 70 hari sahaja.

Sebagai anggaran belanja: RM980 + RM320 + Kos luar jangka 10% (RM65) bersamaan RM1365.

Hasil jualan – kos: dapat RM565!! Kalau bela 1000 dapat RM5650. Kalau jual 1000 sebanyak 4x setahun dapat RM22600. Semudah itukan? Untuk memilih tahap mana kemampuan anda. Biar anda sendiri tentu berapa banyak yang anda mahu ternak. Sentiasa beringat bahawa rakyat Malaysia makan 1.8 juta ekor ayam sehari. Takkan tiada ruang untuk ayam kita terjualkan? Mesti ada!

Cara penjagaannya lebih kurang sama sahaja dengan penjagaan ayam kampung. Cuma itulah, keperluan makanan hariannya yang kena lebih berbanding ayam kampung. Saya pon dah rasa betapa mudahnya membela ayam ini. Saya rasa anda pon boleh buat. Atau mungkin anda tahu cara yang lebih baik. Boleh share dengan saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: