Rutin yang seperti biasa.
Tapi kelainannya pada hari tersebut.
Ada anak ayam yang dah berusia 2 bulan ke atas jatuh sakit.
Kelihatan ayam tu menunjukkan tanda-tanda sakit melalui:
- Tiada selera makan.
- Kemurungan
- Nafas berbunyi sangat kuat.
- Muka pucat.
- Tahi yang tidak normal.
- Badan lemah seakan tidak mampu berjalan, berjalan pon tak seaktif biasa.

Dari situ saya berfikir, di mana silap saya sehinggakan ada ayam jatuh sakit. Sedangkan dari segi pemakanan saya dah teliti dan berikan makanan yang sihat.
There are something wrong that I dont know what’s wrong!
Kebarangkalian disebabkan behaviour ayam ini yang suka mengais litter. Berkemungkinan dia makan cebisan-cebisan sisa tahi yang kotor mungkin.

Tanpa melengahkan masa, saya segera menyediakan ubat campuran bawang putih, hempedu bumi dan kunyit. Boleh lihat di sini untuk pembuatannya.
Saya berikan ayam tersebut makan ramuan tersebut sebanyak 2 kali sehari.
Settle menguruskan ayam yang sakit itu, saya back to my as planned works.
Hari itu, supposely saya nak bersihkan reban dengan semburan EM untuk mengurangkan bau dan lalat.
Jadinya, saya laksanakanlah kerja itu.

Untuk kerja semburan EM ini, saya melakukannya sekali dalam setiap minggu.
Masih menggunakan kadar yang sama untuk minuman ayam iaitu 10ml untuk setiap liter air.
Saya hanya sediakan 3 liter air. Itu pon sudah memadai untuk menyembur kesuluruhan kawasan reban dan termasuk dalam reban.
Pernah buat lebih sampai 5 liter. Baru tahu banyak sangat itu. Tapi untuk merasakan tiada pembaziran, saya gunakannya untuk semburan pokok-pokok dan sayuran di halaman belakang rumah. Ada juga manfaatnya. Tak rugi apa pon. Asalkan berbudi pada tanah.

Kebiasaannya, saya buat kerja semburan ini tidak lebih daripada 1 jam.
Untuk hari tersebut, itu sahajalah kelainan yang boleh diceritakan. Selebihnya adalah seperti hari biasa.
Petang bagi makan sesi kedua.
Salin air minuman.
dan sebagainya…
Senang cerita saya skip ke hari seterusnya.

Pada hari kedua, saya nampak perubahan pada ayam yang pada hari sebelumnya.
Dia dah mula aktif sedikit dan sudah mempunyai selera makan.
Sejak daripada itu, ayam ini macam rasa berjasa kepada saya. Dalam reban asal dia, dia mula panjat-memanjat pada badan saya seolah-olah saya ini seperti rakannya. Mungkin.
Tak pasal-pasal mata saya kena patuk dengan dia. Mungkin dia niat untuk bergurau tapi caranya salah.
Tidak mengapa. Kita sesama makhluk tuhan. Saya maafkan. Haha

Pada hari tersebut juga, saya memulakan operasi semburan racun rumpai.
Sebab kawasan keliling dah mula semak. Risau ada binatang buas bertandang macam ular sawa.
Kali terakhir saya melakukan kerja itu sebelum pembinaan reban. Agak lama itu.
Risau! Merisikokan keselamatan ayam. Langkah kawalan perlu dijalankan.
Lagi satu, untuk kekemasan landskap. Menyakitkan mata betul bila kawasan terlalu bersemak.



Lepas selesai meracun, saya tolong ayah membina partition dalam reban.
Sebab beberapa hari lagi, anak ayam yang baru dibeli hari sebelum ini dah boleh diturunkan daripada brooder. Memang happylah ayam itu nanti. Mesti berlari-lari keriangan.
Setelah kami selesai mendirikan partition di sebelah petang.
Saya rasa buntu. Nak buat kerja apa lagi.
Jadinya, saya buat pemeriksaan semula pada stok dedak, jagung, dan EM.
Saya dapati yang bekalan dedak saya akan habis pada beberapa hari lagi. So it need to be restocked.
Pada jam 5.30 p.m. Saya keluar. Nak pergi beli stok dedak Thoyyiba daripada Tuan Haji Zamani yang juga pengusaha ternakan ayam kampung asli. Boleh dikatakan mentor jugalah. Dia pon tinggal berdekatan dengan kawasan saya. Nak ke bandar sudah memakan masa. Kos minyak lagi.
Setiap kali ke sana, mesti ada sahaja info baru hendak dia kongsikan. Setiap perkongsian beliau amatlah berinformatif. Sepertinya ada isi yang lengkap dalam kata-kata. Bagus juga untuk penternak muda seperti saya.

Sampai rumah, saya unloading dedak masuk stor dedak.
Penat seharian bekerja. Tiba masanya tutup pintu reban kemudian boleh masuk ke rumah untuk berehat. Bersambung…