Cara Membuat EM4 untuk PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG! PALING MUDAH!

Inilah EM4 buatan sendiri. Sekali buka, pasti meldak ke muka.

Mesti ramai yang tidak tahu dan ramai juga yang mengetahui apa itu EM4. Benda ini bagus untuk anda, tak kisah untuk penternakan ayam, penternakan itik, kambing dan sebagainyalah. Boleh sahaja anda aplikasikannya untuk tujuan pertanian seperti penanaman sayuran dan buahan. Malah ianya juga berfungsi untuk kegunaan harian yang lain.

EM4 ini adalah merupakan satu inovasi pertanian di mana ianya bertujuan meningkatkan kesihatan dan kesuburan tanaman pada asalnya. Teknologi ini mengaplikasikan penggunaan mikroorganisma yang bermanfaat iaitu Effective Microorganisms ataupun nama mudahnya EM. Namun kini, penggunaannya sangat sinonim dengan penternakan oleh kerana kebaikannya yang memberi jaminan kesihatan dan kualiti terhadapan ternakan. Ramai juga penternak ayam yang telah mengimplementasikan penggunaanya dalam penternakan mereka. Dan ternyata! Hasilnya sangat memuaskan. Bahkan lebih baik daripada penggunaan ubat-ubatan dan sebagainya.

Untuk tujuan penternakan ayam, ianya boleh digunakan melalui makanan dan minuman ayam. Melalui pemakanan, terdapat terma yang dipanggil dedak bokashi ataupun dedak fermentasi. Kebaikan EM4 ini untuk penternakan adalah mengurangkan masalah lalat dan bau najis, membantu perkembangan kesihatan dan pembiakan ternakan, mengurangkan penggunaan ubat/bahan kimia dan yang paling penting FCR rendah. So, boleh cepat jual ternakan.

Tanpa berbicara panjang. Mari saya beritahu cara saya buat EM4 buatan sendiri. Apa-apahal sediakan bahannya dulu:

  1. EM4 Penternakan 500 ml.
  2. Gula Merah 1 kg.
  3. Nenas 2 kg.
  4. Yakult 4 botol.
  5. Belacan 1 pek kecil.
  6. Ragi 4 biji.
  7. Plastik.
  8. Tong penyimpanan.
  9. Air bersih 20L. Jangan air paip sebab klorin mematikan bakteria baik dalam EM4.
  10. Air beras 2L. Pilihan samada hendak atau tidak. Saya pakai sebab air cucian beras ini banyak khasiat dia disamping mempercepatkan fermentasi.
Seperti ini.

Dah siap prepare bahan-bahan. Maka anda sudah boleh mulakan proses pembuatannya. Cara-caranya:

Untuk memudahkan proses, terlebih dahulu anda perlu menghalusi semua bahan-bahan yang dinyatakan. Kecilkan saiz nenas dengan kulitnya sekali. Masuk dalam blender campur sebahagian air bersih 20L tadi dan blend sehingga lumat.

Advertisements

Gula merah 1kg itu anda cairkan terlebih dahulu dan sejukkan kemudian baru campur dalam campuran bahan-bahan tadi. Gunakan sebahagian daripada air bersih 20L tadi juga.

Bukan buat bubur ye!

Masukkan sebahagian daripada air bersih 20L tadi ke dalam tong penyimpanan. Boleh sahaja masukkan terus belacan, yakult 4 botol, air beras dan ragi yang telah dihancurkan. Kemudian diaduk sebati.

Sekiranya nenas yang diblend tadi serta gula merah telah disejukkan. Masukkan pula kedua-dua bahan tersebut ke dalam campuran tadi. Then, boleh juga masukkan 500ml EM4 dan tambah sepenuhnya air 20L tadi ke dalam tong penyimpanan. Kemudian, diaduk sekali lagi.

Advertisements
Setelah diaduk ianya seperti ini.

Setelah selesai penyediaan campuran EM4 tadi, anda perlulah menutup bahagian permukaan tong dengan plastik untuk memastikan ianya kedap udara.

Untuk memastikan ianya benar-benar tidak dimasuki udara, anda boleh ikat dengan getah untu mengetatkan plastik. Ataupun sekiranya ada penutup tong, gunakan sahaja penutup tong dan pastikan ditutup rapat. Untuk makluman EM ini adalah anaerobe bermakna ianya aktif dalam keadaan rendah oksigen. Sekira dimasuki udara, ianya berkemungkinan akan gagal.

Setelah siap proses itu semua, anda perlu biarkan berlakunya proses fermentasi selama seminggu. Buka penutup plastik itu tadi sekurangnya 1 hari sekali. Takut gas yang terhasil daripada proses fermentasi itu meledak atau meletup akibat tekanan udara yang tinggi di dalamnya.

Advertisements

Setelah diperam selama seminggu, anda boleh periksa hasil fermentasi itu. Pastikan ianya berbau harum-harum manis penapaian sebagai tanda berjayanya fermentasi tersebut. Jika mencapai piawaian tadi, maka ianya sudah sedia untuk digunakan pada makanan dan minuman ternakan anda.

Seperti apa yang telah saya beritahu dalam entry ini. Ianya adalah salah satu cara memperbanyakkan EM4 yang bermanfaat pada aktiviti penternakan. Oleh sebab itu, saya memperbanyakkannya. Tambahan pula, untuk menyediakan pati EM4 ianya memerlukan proses yang memakan masa. Daripada EM1 hingga ke EM4. Bayangkanlah 4 proses, lama itu. Satu proses seminggu. Jadi saya ambil jalan singkat dengan membeli pati EM4 pada awalnya. Kemudian menggunakan cara tersebut untuk memperbanyakkannya. Beli sekali sahaja. Mudah sahaja. Daripada 1L jadi 20L. Untung bukan? Lepas ini, sudah tidak perlu dibeli lagi. Hanya tinggal diperbanyakkan sahaja.

Bijak bukan? Jadi marilah sama-sama melakukan penjimatan.

3 thoughts on “Cara Membuat EM4 untuk PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG! PALING MUDAH!

Leave a Reply to hakimkahar Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: