Cara Menternak Anak AYAM KAMPUNG ASLI (Umur 15-30 Hari) Paling MUDAH dan BERKESAN!

Tak perlu ikut buku sangatlah. Teori dan praktikal berbeza sama sekali. Atleast sebagai rujukan, tidak mengapa. Sayakan ada!

Advertisements

Setelah selesai tempoh 14 hari, kerja penjagaan sudah tidak begitu rumit kerana anak ayam sudah mampu menyesuaikan diri dengan suhu dan mampu meneruskan kelangsungan hidup.

Anak- anak ayam yang sudah berusia 1 bulan 7 hari.

Oleh itu, anak ayam dah boleh dilepaskan keluar dari brooder dan dibiar bebas bermain dalam reban. Bukan luar reban. Pastikan reban dilapisi dengan sekam padi setebal 3 inci. Ianya bertujuan untuk memastikan kebersihan reban terjaga kerana tinja ayam lebih cepat kering dengan penggunaan sekam padi serta tidak mengundang kedatangan lalat sekira keadaan reban kering.

Nampak gagah sekarang semuanya.

Lepas anak ayam sudah berumur 15 hari, amat penting untuk menjaga pemakanannya sebaik mungkin. Jika sebaliknya, anak ayam anda akan terbantut. Pada kadar 50g per ekor pon mungkin terlebih pada peringkat umur itu sebenarnya. Tapi tak mengapa lebih sedikit, asalkan tumbesaran ayam terjaga dan tidak terbantut. Erti kata mudahnya, berikan sahaja makanan secara berterusan.

Bab minuman ayam pula, perlu pastikan bekalannya tidak putus. Kita manusia pon perlu air untuk hidup, begitu juga ayam. Tak perlu lagi bagi air vitamin sepanjang masa, dah boleh ganti dengan air biasa tanpa klorin atau air EM.

Reban beralaskan sekam padi setebal 3 inci.

Pada peringkat umur ini, organ dalaman anak ayam dah lengkap terbina dan mula mencerna makanan dengan baik. Tapi janganlah terlalu yakin, jangan terus bagi makanan peringkat grower serta-merta. Peringkat ini, anak ayam masih perlu makan dedak jenis crumble atau yang halus. Masih boleh kalau pakai grower, tapi anda kena jadikan dedak tu menjadi lebih halus untuk kesesuaian anak ayam. Benda itu terjadi pada saya dulu. Tersalah beli. Angkara gopohlah itu.

Untuk pencahayaan lampu, pada sekitar umur itu dah boleh dah untuk tak pakai lampu lagi. Tapi jangan matikan lampu semua secara mengejut. Sekiranya pakai mentol, matikan sedikit demi sedikit, hari demi hari hingga hari ke-30 bagi anak ayam menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Sekiranya anda khuatir dengan cuaca hujan, anda boleh sahaja teruskan penggunaan lampu sehingga musim hujan beransur reda.

Dari segi kebersihan itu, masih perlu dititikberatkan tidak kira pada peringkat umur mana-mana pon. Kecil atau besar. Masih sama sahaja. Itu semua untuk jaminan kesihatan ayam. Tukar air minuman sekiranya terlalu kotor. Ataupun kalau rasa membazir air, buang sahaja bahagian yang kotor dan biarkan air bersih dalam bekas turun semula pada mangkuk air minuman. Reban juga kena bersihkan untuk mengelak kedatangan penyakit tidak diingini. Sediakan payung sebelum hujan.

Lepas semua turun dari brooder. Jadi berlagak.

Itu sahajalah perkara asas yang saya amalkan untuk penjagaan anak ayam peringkat umur yang dinyatakan. Kalau ikut cara saya….saya pon ikut mentor dan tunjuk ajar daripada orang lain. Ada sahaja cara yang lebih baik lebih praktikal. Bersamalah kita explore, explore dan terus explore..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: