EPISOD 5 – Menanam MULBERI dan BAYAM BRAZIL serta MENYELENGGARA REBAN (24-25.10.2020)

Banyak entry dah terlepas sebenarnya. Disebabkan urusan jual beli ayam kampung, nak kena terima order, tangkap selepas itu sembelih lagi, delivery lagi. Sibuk betul! Biasalah bisnes baru start, semua kena usaha sendiri. Nak cari pekerja semua kos. Akan datang bila dah berdaya maju, pasti saya cari pekerja. Buat masa sekarang masih mampu berseorangan, cuma kerja macam robot. Haha.

Ini pon entry pasal 24 Oktober hari itu. Lama benar! Sekarang dah bulan Disember. Apalah nasib, hanya saya sahaja yang tahu kesibukan saya sendiri.

Saya pon tak mahu cerita yang berulang dengan rutin yang sama. Jadi saya just cerita hari di mana ada kelainan dari segi aktiviti harian.

Advertisements

Cukup dengan bercakap banyak, pada hari tersebut as always keutamaan pada ayam dahulu. Then bila done buat kerja itu semua, actually tidak pun sebab saya buat kerja separuh then saya sambung petang.

Masa pon banyak, jadinya saya mulakan projek bercucuk tanam saya. Saya dah lama bercadang nak tanam pokok mulberi. Bukan tanpa sebab. Ini sebenarnya sebagai persediaan untuk makanan alternatif untuk ayam saya. Untuk makluman daun mulberi mengandungi protein yang tinggi. Sebab itulah ulat sutera gemok-gemok bila makan benda ini. Saya pon terima info ini daripada seorang pakar penternakan iaitu Dr. Fakar dari Indonesia semasa saya menghadiri kursus penternakan ayam kampung asli.

Bila dah tahu tentang benefit dia, apa tunggu lagi kena bertindak segera.

Kebetulan, rumah saya pon memang ada sebatang pokok mulberi. Jadi saya hanya perlu mendapatkan keratan batang pokok ini. Then, terus tanam. Mudahkan? Akan datang saya cerita dalam entry lain tentang bagaimana cara tanam mulberi.

Penyediaan media tanah (tanah hitam + cocopeat).
Advertisements
Inilah daun mulberi kalau tak kenal. Itu ada buahnya sekali tapi belum masak.

Beginilah hasil dia seperti dibawah:

Inilah hasil mulberi yang saya tanam. Tanam 2 dalam satu polibeg. Kalau dua-dua hidup, pindah satu dalam polibeg lain.

Selepas siap tanam mulberi dalam waktu tengah hari begitu, saya lanjutkanlah kerja-kerja asas dalam reban seperti biasa. Pukul 1, masuk rumah, makan dan rehat seketika.

Pada sebelah petang pula dalam pukul 5 lebih, dah alang-alang kerja pon dah siap, dah alang-alang dari pagi kita menanam. Why not sambung menanam lagi? Hehe.

Jadinya, saya pon sambunglah menanam. Tapi bukan mulberi. Kali ini, saya tanam bayam brazil. Kebiasaannya memang saya bagi ayam saya makan bayam brazil sebagai makanan tambahan. Cuma disebabkan suatu hari nanti ayam dah terlalu banyak, risau stok bayam nak bagi makan habis. Lari jadual makan ayam. Itu tak boleh jadi. Saya ada visi dan misi dalam penternakan ayam kampung saya ini. Menghasilkan ayam yang organik dan sihat melalui sumber yang thayyib atau suci.

Untuk makluman, bayam brazil ini khasiatnya adalah meningkatkan imunisasi, membantu pencernaan dan meransang tumbesaran.

Saya tanam 4 batas bayam brazil dekat kebun serai saya.

Tamatlah aktiviti pada hari tersebut. Saya lanjutkan cerita hari seterusnya. Seperti yang dinyatakan pada tajuk episod, keesokkan hari saya menyelenggara reban sebab hendak membebaskan anak ayam dari brooder dan bebas bermain dalam reban yang lebih luas.

Apa-apahal sebelum turunkan anak ayam, kita perlu buat persiapan seperti penyediaan alas reban menggunakan rumput kering dan pemasangan tirai kanvas sebagai langkah keselamatan mengelak tempias hujan dan cuaca ekstrim.

Stok rumput biasanya saya dah prepare lama dalam stor.
Tinggal ambil dan pakai sahaja.

Dengan menggunakan rumput kering yang telah disediakan, saya bawa ke reban dan tebarkan rumput sebagai alas setebal lebih kurang 2 inci dalam reban. Kemudian rumput pon sudah ditebarkan sama rata, maka saya lanjutkanlah kerja menurunkan anak ayam dari brooder.

Beginilah hasilnya. Ayam being ayam, bila dah bebas apa lagi berterbangan riuh rendahlah dalam reban.

Selepas itu, saya pasang tirai kanvas pula. Saya pasang kanvas sekeliling reban untuk keselamatan tahap maksimum. Perlu diingatkan dan sentiasa beringat bahawa perubahan cuaca secara mengejut adalah berbahaya terhadap keselamatan dan kesihatan ayam.

Pemasangan tirai kanvas
Seronok tengok anak ayam bebas bermain dalam reban

Kerja asas dalam reban saya ini, kadang-kadang silih berganti ada yang buat pagi, ada yang buat petang dan ada juga yang sepenuh hari menghadap kerja sahaja. Ianya bergantung pada situasi. Takkan sepanjang masa di reban sahaja. Kadang-kadang kita perlu buat kerja luar. Kena buat marketing. Kena buat delivery lagi. Beli supply lagi. Nasib baiklah bila dah kerja macam ini, masanya adalah flexible. Kitalah boss, kitalah pekerja.

Abaikan yang tengah mengawan itu. Saya cuma nak tunjukkan yang ayam saya makan sirih.

Sekian sahajalah cerita saya melalui entry kali ini. Semoga berjumpa lagi di entry yang akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: