Jenis-jenis Penyakit Ayam Kampung

Tak kenal maka tak cinta. Akan tetapi bab penyakit ayam, dah kenal kita tak suka. Itulah yang merisaukan para-para penternak ayam kampung. Banyak yang mati, banyak juga ruginya. Sedangkan saya juga terkesan dengan gejala ini, bersyukur bukan rugi ribuan ringgit.

Paling mudah nak kenal ayam itu sakit atau tidak adalah dengan melihat beberapa simptom. Antaranya ialah: ayam menjadi murung atau kadangkala menyebabkan kematian yang tinggi. Untuk lebih terperinci, antara tanda-tanda am ayam berpenyakit adalah:

1. Kurang nafsu makan.

2. Tidak aktif.

3. Pucat, bersin dan keluar hingus dari hidung.

4. Muka membengkak.

5. Berak cair dan berdarah.

6. Sayap jatuh, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

Advertisements

Faktor cuaca panas atau hujan yang berpanjangan juga menyebabkan pelbagai penyakit.

Antara penyakit ayam kampung yang biasa menyerang penternakan ayam kampung di Malaysia adalah :

Penyakit Sampar Ayam (ND)
Penyakit ini amat berbahaya yang boleh menyebab kematian mengejut yang tinggi, sehingga keseluruhan reban mampu mati. Ia menyerang sistem pernafasan, pendarahan usus dan sistem saraf.
 

Penyakit Gumboro (IBD)
Penyakit ini menyebabkan sistem pertahanan penyakit ayam lemah. Ia boleh disamakan seperti AIDS pada manusia. Apa jangkitan Gumburo berlaku, ayam lebih mudah terkena pelbagai penyakit lain.
 

Penyakit Berak Darah (Coccidiosis)
Ini juga adalah penyakit yang berbahaya dan sering berlaku. Terdapat beberapa peringkat dan beberapa jenis bakteria dari kumpulan Eimeria spp. Apabila ayam telah berak bercampur darah, ia boleh membawa maut dalm tempoh 7 hari.
 

Berak Kapur (Pollurum)
Ayam akan menjadi murung dan kurang selera makan. Tahi ayam akan cair dan terdapat warna putih.
 

Infectious Coryza
Menyebabkan mata ayam bengkak dan kurang selera makan.

Secara teori dan praktikal untuk mencegah gejala ini, langkah yang perlu diambil adalah:

  • Anak ayam bebas dari penyakit.
  • Reban sentiasa bersih.
  • Jauh dari ternakan dan haiwan lain.
  • Pelawat perlu dikawal.
  • Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan.
  • Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit.
  • Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat. 

Bagi memastikan ayam anda benar-benar bebas daripada penyakit. Anda perlulah melaksanakan program pencegahan penyakit dengan menggunakan vaksin seperti berikut:

·  Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)

·  Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”

·  Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “ 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: