EPISOD 6: Jualan ayam botak (2-12.11.2020)

Inilah masa yang ditunggu-tunggu, iaitu jualan. Bukan sebuah bisnes jika tiada jualan. Kalau begitu baik jadikan hobi sahaja.

Sepanjang tempoh jualan ini, saya laksanakannya selepas saya laksanakan segala kerja operasi dalam reban. Kemudian, baru saya jalankan kerja penangkapan ayam, penyembelihan dan pemprosesan ayam. Saya ini jenis tak boleh buat 2-3 perkara dalam satu masa. Nanti serabut.

Biasalah! Sayalah boss, sayalah pekerja, sayalah pemasar hasil ternakan saya sendiri. Jadinya kerja kena step by step. Tak kata cekap. Yang penting sistematik, ada aturan kerja. Satu individu dengan lambakan kerja yang banyak. Need a lot of efforts. Masih belom ada daya maju. Jadi semuanya kena usaha sendiri. Ingat matlamat nak berjaya, kena hadapi semuanya dengan tabah. Itu semuanya baru permulaan sahaja.

Pada hari tersebut saya telah menjual sebanyak 22 ekor ayam kampung botak seberat 29.3kg keseluruhannya (20 ekor hidup dan 2 ekor siap proses). Ada 2 ekor tambahan, saya sembelih sebab nak merasa satu keluarga. Nak tahu juga rasa hasil produk keluaran sendiri.

Advertisements
Ayam botak yang sudah bersedia untuk dilepaskan kepada pembeli.
Ada beberapa ekor yang untuk disembelih dan diproses. Bergantung kepada permintaan pelanggan.

Kerja-kerja pemprosesan ayam dijalankan secara manual. Sembelih, cabut bulu, melapah ayam semua by hand. Nak beli mesin cabut bulu ayam dah makan kos, jadi kita gunakan sahajalah kaedah tradisional sebegitu. Akan datang bila ada modal, saya beli. Nasib baiklah yang order untuk diproses setakat ini belom terlalu banyak.

Ready to next step iaitu celup dalam air panas. Selepas itu, cabut bulu pula.
Ayam botak selepas menjalani proses pembersihan.
Advertisements

Dalam beberapa hari tersebut, ada sahaja yang membeli ayam kampung asli saya. Tapi ayam yang belom matang untuk dijual sebenarnya. Tapi kita jualkan sahaja, asalkan ada buyer jual sahaja. Apa tunggu lagi. Katanya nak beli buat ayam peliharaan anak di rumah. Jadinya saya juallah kepada dia sepasang jantan dan betina.

Ayam kampung asli masih dalam keadaan baik.
Ready to be sold on 22.11.2020

Dalam tempoh masa yang dinyatakan seperti di tajuk utama itu, terlalu banyak kerja-kerja luar yang hendak dilaksanakan. Seperti keluar mencari market, survey harga ayam kampung terkini dan sebagainya. Sampai tahap terlupa nak tangkap gambar-gambar urusan yang lain. Haha. Biasalah itu dalam keadaan sibuk, mesti ada yang lupa.

Actually selang beberapa hari selepas itu, ada bebarapa ekor ayam botak yang dijual lagi. Pada awalnya hendak tinggalkan beberapa ekor untuk dijadikan induk. So next time, tak perlu lagi beli DOC. Tapi apakan daya, hari tidak secerah digambarkan. Permintaan pelanggan mesti diutamakan. Walaupun sedikit jualan tetap jualan, jadi saya jual 6 ekor ayam botak. Dapat total berat 6.9kg untuk yang telah disembelih dan diproses. Walaupun ianya pencapaian yang kecil di mata orang lain, tapi pada saya ianya pencapaian yang besar which is good for starter. Feeling motivated even for a small achievement.

Inilah antara bahan-bahannya. Yang penting kena ada EM4 sebagai pati untuk membiakkan EM4 supaya menjadi lebih banyak.

Tapi bila betul-betul ada masa terluang atau masa untuk diri sendiri, saya pon apa lagi. It’s a chance for me to do something else. Pada 12.11.2020, saya pon terfikir nak buat EM4 buatan sendiri. Jadi saya carilah resepinya. Cari punya cari, then saya jumpa resepinya dan keluar semula pergi pasar untuk mencari bahan-bahannya. Tutorial cara buat EM4 sendiri, boleh rujuk di sini. Tak susah pon nak buat. Cuma perlukan bahan, aduk-aduk dan siap. Selepas itu tunggulah seminggu untuk melihat hasilnya.

Selepas dah sebati diadukkan, boleh simpan dalam bekas yang kedap udara.

Sampai situ sahajalah untuk episod kali ini. Semoga berjumpa di waktu yang akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: