Risiko Menternak Anak Ayam Kampung Asli

Setelah sekian lama tak update blog. Kini kembali. Urusan jualan dan masalah yang mendatang menyebabkan masa untuk blog terganggu. Dalam entry kali ini, saya akan menceritakan tentang risiko-risiko yang anda perlu tahu dalam penternakan ayam kampung.

Sebelum ini, saya dah pernah dah ternak anak ayam. Disebabkan kurangnya pengalaman dan praktikal terhadap ilmu penternakan anak ayam ini, saya pernah mengalami kerugian hampir 50% kerana anak ayam mati begitu sahaja. Bayangkanlah dari 200 ekor tinggal 109 ekor sahaja. Nasib tak ikut plan awal nak bela 500 ekor sekali gus.

Inilah malang nasib orang yang gopoh, mata nampak ringgit sahaja. Alahaii. Tapi itu tidak melemahkan semangat saya dan saya cuba terus improve dari semasa ke semasa. Mula menghadiri kursus demi kursus. Praktikal dengan jumlah anak ayam yang sedikit, memperbaiki sistem pencahayaan, belajar tentang pemakanan mengikut peringkat umur anak ayam, memperbaiki struktur reban dan sebagainyalah. Apa-apahal boleh rujuk blog saya untuk info yang basic tentang penternakan ayam kampung.

Perkara-perkara sebegini, kita kena aware cari masalah dan selesaikan masalah. Berduduk diam sahaja, akan mengundang lebih banyak komplikasi. Dari semasa ke semasa, saya telah mengenalpasti masalah tersebut dan mulai menyelesaikannya dengan efisien secara bertahap.

Pertama sekali adalah kematian….

Berpunca daripada masalah kebersihan yang tidak terkawal dan biosekuriti yang lemah. Aktiviti keluar dan masuk tanpa kawalan menyebabkan pembawaan penyakit dan virus daripada luar diperkenalkan dalam reban ternakan anda. Oleh itu, tindakan mengehadkan kemasukan pengunjung asing perlu diperketatkan dan sekiranya mahu mengundang pengunjung, amalkan amalan sanitasi di luar reban dengan penggunaan boot keselamatan yang disediakan. Kehadiran orang asing dalam reban juga akan mengundang stress terhadap ayam.

Ke-2 adalah cuaca ekstrim

Cuaca yang kian berubah-ubah dari panas ke sejuk atau sebaliknya menyebabkan ayam terkejut dan stress. Malahan, disebabkan ini ayam akan mula murung dan berkemungkinan mati sekiranya tidak ditangani. Apa yang telah berlaku pada penternakan saya amatlah menguji kesabaran pada bulan November dan Disember, 2020. Kekerapan hujan menyebabkan satu demi satu ayam dalam setiap batch ayam mahupun ayam pada peringkat breeder. Hampir 30 ekor. Rugi! Dah bagi makan, secara tiba-tiba mati. Kos semua itu. Manakan sama ayam yang dibesarkan secara lepas bebas dan sepanjang masa di dalam reban. Perbezaannya adalah dari segi ketahanan terhadap penyakit. Ayam lepas bebas sudah terbiasa dengan berpanas dan berhujan sejak kecil. Oleh itu, sebagai langkah kawalan, saya memasang tirai kanvas secara menyeluruh di setiap bahagian bagi mengelakkan tempias angin dan hujan ketika musim tersebut. Pastikan dibuka semula ketika waktu panas. Banyak lagi cara yang lebih efisien, maklumlah saya pon masih belajar. Akan datang saya kongsikan lebih terperinci.

Advertisements

Emmmm kanibalism…

Ini pon satu masalah, pada peringkat 1-3 bulan. Masalah ini akan mula timbul. Pelbagai lagi behaviour ayam yang umum, kalau diperhatikan secara teliti. Dalam kes saya, ayam dah nak mula jual tapi masalah ini berlaku menyebabkan target jualan sedikit terganggu. Hasil daripada pencarian demi pencarian, caranya adalah mudah iaitu mengasingkan yang dibuli dan pemberian dedaunan bermula pada umur 1.5 bulan. Ayam memang secara zahirnya dengan sifat semulajadi suka mematuk. Dengan menyediakan dedaunan, risiko tersebut dapat dikurangkan.

Selain itu, risiko dari segi jualan

Samalah seperti apa-apa jenis jualan, perlu ada pembeli dan perlu ada pemasaran. Yang merisaukan dalam penternakan ayam ini adalah bila ada produk tapi tiada pembeli. Bab ini anda perlu bekerja keras sedikitlah. Ianya bergantung pada usaha masing-masing. Yang penting jualan tidak merugikan ataupun kurang daripada kos produksi. Untung kecil tapi dengan pengeluaran ayam berskala besar tidak mengapa. Sebab margin untung masih tinggi. Inikan kita penternak kecil-kecilan, perlu pandai bermain dengan harga dan kos. Jalan terbaik untuk penternak skala kecil adalah promosi kepada rakan-rakan dan saudara mara. Ini dinamakan sebagai jualan terus kira direct selling yang tidak melibatkan beberapa lagi pihak. Dengan cara begini, anda boleh memastikan target jualan tercapai walaupun secara kecil-kecilan. Dalam kes saya, saya menjual pada rakan-rakan bekas tempat bekerja. Alhamdulillah konsisten. Terjamin pengeluaran saya lebih kurang 70% terjual dan bakinya dijual secara proses atau dipilih semula sebagai baka penelur. Jual telur pon ok! RM0.80 sebiji bukan harga borong. Hak menjual adalah kebebasan penjual. Samada mahu atau tidak, ianya perlu ada jualan. Kalau sayang untuk jual, anda tukar model bisnes anda kepada ayam penelur sebagai pengusaha telur. Sebagai saranan, pengiklanan dalam FB juga membantu dalam memperkenalkan produk anda bagi mendapatkan jualan. Kebiasaannya dalam FB, jualan adalah selamat dan terjamin. Cuma anda perlu bersedia dengan pelanggan yang demanding and bargaining for harga borong. Sekiranya, berlaku letakkan syarat ” TIADA PENGHANTARAN DISEDIAKAN” supaya pembeli sedia maklum. Tidak mengapa! Asalkan tidak menampung kos berlebihan disebabkan terlebih tempoh jualan. Bab jualan ini memang panjang lebar untuk diceritakan sebenarnya. Saya dah lalui semua tu. Mana yang terlepas itu, anda comment sahajalah.

Advertisements

Yang paling penting dalam penternakan ayam adalah kesabaran. Mungkin ianya betul kata orang tua, keadaan ayam ini refleksi daripada tuannya. Anda stress, ayam pon turut sama. Oleh itu, mulakan hari di reban dalam keadaan tenang dan gembira.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: