EPISOD 7: Mengutip telur ayam

Sibuk punya sibuk. Kini saya menemui rentak untuk secara konsisten dalam penulisan blog. Bukan bermaksud perlu stay relax dalam penternakan. Fokus itu penting. Bertenang juga penting. Jadikan sebuah pengajaran bahawa emosi kita akan menjejaskan kesihatan ternakan secara tidak langsung. Urusan operasi dan jualan menyebabkan kekangan dari segi masa. Oleh itu, penulisan terhenti seketika bagi menyelesaikan urusan-urusan penting. Almaklumlah, menternak dan berniaga pada masa yang sama memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi.

Advertisements
Banyak telur hari ini

Untuk entry kali ini setelah sekian lama tidak blogging, saya sekadar nak cerita yang saya baru mulakan jualan telur secara kecil-kecilan. Tidaklah banyak tapi masih ada penghasilannya. Disamping itu, dengan melakukan demikian, kini kami sekeluarga tidak perlu membeli telur di pasar lagi. Berkhasiat, jimat dan dijamin selamat. Saya lebih cenderung memilih telur hasil ternakan sendiri kerana jelasnya organik dan kita tahu sumber pemakanannya. Tidak seperti telur ayam dari kilang yang kurang meyakinkan pemakanannya dengan penggunaan dedak komersial secara menyeluruh yang mengandungi antibiotik.

Yang ini dah agak lama mengeram. Tunggu masa menetas.

Kerja-kerja penyelenggaraan reban adalah seperti biasa. Cuma dah biasa dengan kerja tersebut, jadi kecekapan semakin meningkat serta boleh menguruskan urusan lain tanpa sebarang masalah. Hendak diceritakan tentang itu, ternyata ianya sudah membosankan. Saya pon penat mengulang. Haha. Jadi fokusnya pada hari ini adalah mengumpul telur ayam kampung.

Setiap hari kutip telur, walaupun sedikit masih ada hasilnya.

Telur ayam memang boleh didapati setiap hari. Dengan pemakanan yang terkawal dan seimbang, dijamin produktiviti telur adalah terbaik. Buat masa ini tiada masalah putus pengeluaran telur. Ayam bertelur macam biasa walaupun sedikit.

Dengan menyimpan induk sebanyak 30 betina dan 6 ekor jantan, penghasilan telur ayam setakat ini hanya kurang lebih 20 biji sehari. Masih ada sahaja induk yang belum sesuai bertelur. Bayangkanlah ayam yang dijadikan induk adalah pada asalnya standard ‘reject‘ pada asalnya kerana tidak sesuai untuk dijual. Kemudian disimpan sehingga mencapai tahap tumbesaran yang sesuai. Berkemungkinan persaingan yang membuat pertumbuhan ayam tersebut terganggu.

Advertisements

Telur ayam yang dipungut biasanya saya jual sahaja secara terus di kedai makan depan rumah. Hasil yang sedikit hendak diborong pasti tidak. Standard borong kebiasaannya ratusan papan. Inikan yang hanya sepapan yang dikumpul selama 2 hari. Semestinya tidaklah. Jadi fokusnya jualan pada kenalan rapat dan kedai makan berdekatan. Itu sahajalah target market saya. Akan datang nak try upgrade. Moga-mogaan hasrat itu tercapai.

Ayam bertukar tangan ke pembeli

Selesai kerja tersebut di sebelah pagi, apa lagi rehatlah. Kemudian, pada waktu petang settlekan delivery ayam hidup kepada pembeli. Kalau nak cerita bab jual-menjual ini, syukur banyak jugak ayam dah terjual. Akan tetapi ada jugak yang bermasalah bila sampai tempoh itu. Masa nak juallah ada sedikit ayam mati. Mungkin dia dah tahu tujuan dia dibela barangkali. Tapi tak mengapa, yang penting wajib jual mana yang ada. Pada petang itu, saya melepaskan 12 ekor ayam saya kepada tangan baru. Ada lagi baki yang perlu dihantar tapi, hendak buat macam mana. Pengangkutan menjadi masalah. Bayangkanlah kereta Saga FLX sumbat 12 ekor ayam. Entah macam manalah keadaan saya kalau tuan/puan boleh bayangkan. Tapi tidak mengapa, ini namanya permulaan. Trust the process. Positive.

Cerita hari ini lebih kepada cerita kutip telur ayamlah. Walaupun sedikit, saya seronok dengan kerja saya kerana dapat menyumbang sedikit sebanyak untuk keluarga. Untuk bakal penternak ayam kampung, saya menggalakkan anda mengenali dahulu pasaran anda sebelum memulakan penternakan. Jangan sampai stok lebih tempoh, itu akan menyebabkan kos perbelanjaan tidak seperti yang dijangka. Seandainya, anda bercadang untuk pengeluaran telur, itu tidak mengapa. Sekian sahaja dari saya. Sebarang ketidakpastian boleh dikemukakan pada ruang komen di bawah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: