Cara Jual Ayam Kampung

Ruang kawasan reban telah diperbesarkan jadi boleh lepaskan ayam bebas berkeliaran dalam kawasan pagar.

Sebagai pengusaha ayam kampung, sudah semestinya kita berniaga untuk meraih keuntungan. Namun begitu dalam bisnes, tidak semudah yang disangkakan. Semestinya memerlukan kerja keras atau EFFORT dalam menjayakannya. Kenalah mengorbankan sedikit masa untuk tempoh tertentu bergantung kepada skala penternakan anda. Sekiranya, secara kecil-kecilan seperti saya, ianya perkara yang mudah.

1. Dengan hanya sokongan rakan-rakan kerja lama dan saudara mara, dengan kapasiti terkini ianya mampu memberikan bekalan yang konsisten kepada mereka.

Advertisements

Mencari pasaran itu sebenarnya mudah kerana bekalan ayam kampung mendapat permintaan yang tinggi. Namun begitu, disebabkan bekalan yang tidak mencukupi dan sentiasa putus pada masa-masa tertentu menyebabkan reliability pelanggan terhadap pengusaha berkurang. Sebagai penternak, kita sedia tahu yang pengeluaran yang kita sediakan adalah bergantung kepada modal yang dikeluarkan. Tapi, pelanggan adalah pelanggan. Mereka sentiasa betul.

Jadi sebagai pengusaha, disyorkan untuk kenalpasti dahulu kemampuan anda, jelaskan perkara sebenar dan jujur dalam berniaga. Sekiranya hanya menternak 100 ekor ayam sahaja, utamakan pada jualan terus kepada pelanggan berdekatan secara offline.

2. Jangan sesekali dengan kapasiti tersebut, anda cuba menjual secara online di FB dan media sosial yang lain sekiranya bekalan yang anda sediakan terhad.

Hal ini kerana sekiranya pelanggan anda mula membeli daripada anda, akan timbul satu perasaan baru iaitu soal kepercayaan. Pelanggan yang selesa berurusan dengan anda akan keep on buying from you. So do not let their trust be wasted. Untuk langkah selamat, jual kepada yang mengenali situasi semasa anda. Tiada sebarang masalah untuk jual di Facebook, saya menggalakkannya tetapi bergantung kepada pilihan anda.

Saya lebih memilih opsyen tersebut bila urgent atau mempunyai stok yang banyak berskala komersial. Berdasarkan pemerhatian, untuk ternakan skala besar adalah penting untuk melakukan jualan secara borong berikutan daripada tanggungan kos operasi yang mendatang sekiranya tidak terjual pada masanya. Buat masa ini ok lagi. Kalau tak cukup stok, saya cadangkan untuk mendapat bekalan kepada sesiapa yang berkaitan seperti rakan ternak yang lain.

Dengan cara tersebut, anda dapat mengaburi situasi semasa anda dan kekalkan momentum kepercayaan antara pelanggan.

3. Jual dalam Whatsapp sebab mudah dan berkesan.

Cara ini lebih direct kepada pelanggan. Sekiranya anda ada 100 ekor ayam, beri notis berbentuk mesej promosi kepada sekurangnya kepada 50 orang penerima. Secara positif, tiada yang akan hanya membeli hanya 1 ekor ayam sahaja dalam setiap jualan bahkan seseorang akan membeli lebih tanpa sebarang kemusykilan sekiranya berkemampuan.

Sooner or later, they will know about your business. Trust the process. Ianya memang seperti nampak menggesa pelanggan, akan tetapi ianya perlu dilakukan untuk kelangsungan perniagaan anda.

4. Waktu jualan dan timing dalam promosi.

Aturkan jadual jualan secara teratur dengan mengambil perhatian kepada kuasa dan kemampuan pembeli. Waktu jualan yang paling mudah adalah semasa hari gaji. Masa ini, ambil kesempatan tersebut dengan baik untuk mendekati pelanggan. Sekiranya saya yang menjual, saya akan menghantar ayam terlebih dahulu kepada regular customer beberapa hari sebelum gaji.

Hal ini kerana pada masa yang sama, saya dapat mengurangkan kos operasi semasa. Kadang-kadang ada sahaja ayam yang sudah boleh dijual sebelum tempoh yang dijangka. Paling menguntungkan adalah pada waktu perayaan. Supply and demand akan berubah dan pada waktu itu, tiba giliran anda beraksi. Apa yang diberitahu dalam entry ini adalah khas untuk penternak kecil. Yang berskala komersial, lain liga.

5. Mengenali dengan lebih terperinci tentang tempat dan promosi.

Ini adalah sebahagian daripada 4Ps dalam strategi pemasaran, pelajarinya terlebih dahulu dalam memulakan bisnes. Mengenalpasti target anda akan membuatkan anda jelas dengan visi dan matlamat. Untuk penternakan berskala kecil, pastikan tempat jualan adalah bersesuaian dan mempunyai kuasa membeli yang tinggi. Bela ayam kampung untuk orang kampung agak tidak relevan, oleh itu keluar sedikit daripada range kawasan yang berpotensi tinggi.

Bukan apa, orang kampung sudah semestinya menternak ayam kampung sebagai hobi dan sembelih bila perlu. Tapi golongan tersebut jangan disisihkan kerana masih ada yang akan membeli untuk tujuan tertentu. Warga asing amat menggemari ayam kampung, oleh itu jadikan mereka sebagai target market anda seperti yang saya buat. Maka, lebih terjamin kelangsungan jualan anda.

Tips untuk promosi dan iklan, pastikan dalam text iklan yang anda sediakan adalah ringkas, terperinci dan jujur. Sebagai contoh ianya untuk jualan kecemasan, jelaskan sebab jualan tersebut. Itu dikira sebagai menjual emosi. Baru macam Jordan Belfort. Untuk jualan ayam kampung, masyarakat sedia tahu tentang nilai dan harganya. Jadi pastikan iklan anda mempunyai kelainan berbanding pengusaha lain. Belajar ayat copywriting yang menarik dengan format yang cantik. Jadi penternak jangan fokus pada jualan offline sahaja. Keluar dari zon selesa anda. Cabar diri untuk cabaran baru.

Semua yang diberitahu ini adalah pendekatan yang saya lakukan sendiri dan ternyata ianya efektif. Ada cara lain yang boleh dipertimbangkan, mungkin saya terlepas pandang. Sekiranya ada, jangan teragak-agak untuk kemukakan comment di ruangan bawah. Sharing is caring.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: