About

Hi! Saya Hakim. Salam perkenalan.

Inilah saya seperti gambar di atas.

Kini berumur 26 tahun. Berasal dari Melaka. Sekarang bekerja sepenuh masa sebagai penternak ayam kampung. Sejak dari zaman sekolah lagi saya dah menceburi bidang pertanian. Dari Tingkatan 4 ke zaman Diploma kemudian ke zaman Ijazah pulak. Last-last, kerja pon nak related dengan pertanian. Tak berubah pendirian, tak boleh lari bidang. Itu kelebihan kita, itu skill kita, itulah yang kita perlu banggakan.

……………Sekarang ini,

Saya seorang pengusaha ayam kampung asli. Ayam kampung asli di Malaysia, kian hari kian sedikit golongan yang memakannya. Yelah! Dah ramai lagi prefer makan ayam daging sebagai sumber protein utama. Jadi ayam kampung kita dipinggirkanlah. Jangan begitu! Ayam kampung lebih baik jaminannya terhadap kesihatan. Yelah! Ayam kampung kita makan sumber semula jadi. Tiada tambahan antibiotik yang boleh memberi kesan negatif secara tidak langsung kepada kita yang memakannya. Hah..makan ayam kampung ya! Perkasakan identiti ayam kampung kita.

Selain itu,……….

Saya merupakan bekas graduan Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu. Di UPM, saya mengambil jurusan Diploma Perniagaantani manakala di UMT pula, saya mengambil jurusan Sarjana Muda Sains Agroteknologi. Nampak passionnya di situ bukan?

Akhir sekali,…………….

Disebabkan jasad dan roh saya secara abadi dan zahirnya dilahirkan untuk berbakti kepada dunia pertanian, Saya ingin menzahirkan segala info dan ilmu yang berkaitan dalam blog ini untuk dikongsikan kepada anda semua.

%d bloggers like this: